Nur Kholis, 197103161998031002 (2021) cek plagiasi Kepentingan Toleransi Beragama dalam kalangan Pelajar Universiti. Penerbit UTHM, Johor, Malaysia.
Text
8. terbit di UTHM_kepentingan toleransi....pdf Download (1MB) |
Abstract
Realiti kehidupan sosial hendaklah mampu menampung perbezaan dan kepelbagaian antara manusia. Salah satu kepelbagaian tersebut adalah pilihan kepercayaan, oleh itu kita seharusnya dapat bergaul dengan anggota komuniti agama yang sama dan juga dengan yang lain terutama dalam kalangan pelajar universiti yang terdapat pelbagai macam agama dan bangsa. Toleransi beragama adalah suatu keperluan untuk menjamin kestabilan sosial terhadap kekuatan ideologi yang tidak diingini dan bahkan pertembungan fizikal dalam masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana kepentingan toleransi beragama dalam kalangan pelajar di universiti. Selain itu kajian ini bertujuan untuk mengetahui bagaimanakah amalan toleransi beragama yang dilaksanakan pelajar di universiti. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan google form untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tujuan kajian. Responden hanyalah melibatkan 50 orang pelajar sahaja. Hasil kajian menunjukkan bahawa 100 peratus responden mengatakan bahawa toleransi beragama dalam kalangan pelajar universiti yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa adalah sangat penting. Sedangkan amalan yang biasa mereka lakukan tanpa mengira agama sebagai salah satu perwujudan toleransi adalah berbincang bersama, menderma tanpa kira agama, menziarahi rakan yang sakit, makan bersama, bersukan bersama dan sebagainya.
Item Type: | Other |
---|---|
Subjects: | Artikel Dosen |
Divisions: | Fakultas Tarbiyah Dan Ilmu Keguruan > Pendidikan Guru MI |
Depositing User: | Dr. 197103161998031002 Nur Kholis |
Date Deposited: | 26 Jul 2022 02:13 |
Last Modified: | 26 Jul 2022 02:13 |
URI: | http://repo.uinsatu.ac.id/id/eprint/28952 |
Actions (login required)
View Item |